
Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Mohd Fazlan Shah (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi mendepani cabaran mengekalkan perpaduan dalam negara, Komuniti Rukun Tetangga (KRT) perlu teguh menyuburkan semangat ini dalam komuniti yang diwakili mereka.
Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Haji Che Ruslan Che Rus dalam ucapannnya sempena Semarak Hari Kebangsaan ke-66 JPNIN Negeri Sembilan di Seri Menanti Resort, di sini kelmarin.
“Perpaduan negara khususnya dalam komuniti wajib dikekalkan dengan KRT perlu lebih ke hadapan menyuburkan keadaan ini,” katanya.
Beliau juga menyatakan program yang dianjurkan ini juga penting dalam mengangkat budaya bangsa negara yang unik khususnya di Negeri Sembilan.
Turut hadir Pengarah JPNIN Negeri Sembilan Salasiah Hashim, pengerusi-pengerusi KRT dari seluruh Negeri Sembilan dan ketua-ketua jabatan.
-ZS-