Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Ekspedisi Kayak Perkasa Semangat Patriotik

By 24 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 66  pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari Pahang, Terengganu dan Kelantan menyertai Program Ekspedisi Kayak 66 Tahun Merdeka bermula di Pulau Kekabu hingga ke Pulau Kapas, Marang, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Unit Komunikasi Korporat UiTM Terengganu, Arma Mohd Faizal Abu Bakar, berkata program itu dianjurkan oleh Unit Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan Pelajar UiTM Cawangan Terengganu dan Kelab Exrec bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan 2023 selain meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar UiTM.

“Pelbagai acara sampingan diadakan sempena program tiga hari itu antaranya gotong royong membersih pantai Pulau Kapas, sukaneka pantai dan bersnorkel,” katanya.

Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Pentadbiran UiTM Terengganu Azizan Azid hadir merasmikan program dan menyempurnakan upacara pelepasan peserta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda