Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Daerah Muar Pupuk Semangat Patriotisme

By 24 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Aidil Md Lazim

MUAR, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 Peringkat Daerah Muar telah dilaksanakan di Dataran Tanjung Emas, di sini kelmarin bertujuan memupuk semangat patriotisme dan menyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang dalam kalangan masyarakat.

“Majlis ini diadakan bagi memupuk semangat patriotisme serta menyemarakkan kempen kibar jalur gemilang di dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Pada tahun ini Bulan Kemerdekaan bertemakan Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan,” ujar Pegawai Daerah Muar Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim ketika merasmikan majlis.

Hasrin Kamal juga telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua Jabatan Daerah Muar, Penghulu Mukim, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat Cina, Ketua Masyarakat India, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Badan Korporat untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan.

Turut hadir Pentadbiran Tanah Daerah Muar Mohd Hisam Said, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar Jamil Hasni Abdullah dan wakil rasmi Ketua Polis Daerah Superitendan Mohd Aidil Roneh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda