Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Karnival ‘3F@Tapah Car Free Day’ Terap Budaya Gemar Bersukan

By 21 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhannis Idris (Batang Padang)

TAPAH, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Karnival ‘3F@Tapah Car Free Day’ yang julung kali diadakan di bandar ini mampu menerapkan budaya gemar bersukan di samping mendidik masyarakat tentang amalan gaya hidup sihat.

Orang Besar Jajahan Batang Padang Toh Paduka Indera Datuk Mat Rasid Ayob, berkata penyertaan karnival tersebut bukan sahaja melibatkan pelbagai lapisan umur malah ia turut menarik minat peserta daripada pelbagai kaum.

“Penganjuran karnival seperti ini dilihat mampu meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan warga setempat sekali gus menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini,” katanya ketika merasmikan program di Stadium Tun Ahmad Sarji, di sini kelmarin.

Antara program menarik yang dianjurkan termasuk ‘Fun Ride Treasure Hunt’, ‘Fun Walk Rakan Muda 6,600 Langkah’, ‘Fun Zumba’, persembahan penghibur jalanan dan pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda