Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jom Jelajah Masjid Inklusif Tingkat Keyakinan OKU Berhadapan Masyarakat

By 21 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim/Siti Zuraida

JEMPOL, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 60 Orang Kurang Upaya (OKU) telah menghadiri program di Masjid Jamek Bahau, di sini pagi semalam.

Jom Jelajah Masjid Inklusif mensasarkan golongan OKU di Daerah Jempol bagi meningkatkan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat.

Menurut salah seorang peserta Redha Derham, 34, program sebegini sewajarnya dilaksanakan di setiap masjid bagi memberikan peluang kepada golongan OKU untuk turut serta dalam aktiviti anjuran pihak masjid.

“Pihak masjid perlu menyediakan fasiliti yang bersesuaian dengan keperluan golongan ini,” katanya.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Pelajaran dan Kebajikan Jempol, Yayasan FAQEH, Persatuan Insan Istimewa Daerah Jempol, Persatuan Ukhwah Negeri Sembilan, Pertubuhan Keluarga Anak Istimewa As-Sakinah (PERKIIS) dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) itu turut menyumbangkan kotak rezeki kepada 20 orang asnaf terpilih.

-ZS-

Tinggalkan komen anda