Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kembara Merdeka KML Terima Sambutan Luar Biasa

By 7 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 menerima sambutan luar biasa daripada warga Kolej Matrikulasi Labuan.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan, persinggahan konvoi itu di Kolej Matrikulasi Labuan amat bertepatan dengan objektif program yang ditetapkan.

“Kami melihat seluruh warga Kolej Matrikulasi Labuan (KML) telah menunjukkan keterujaan sebagai rakyat Malaysia untuk meraikan Bulan Kemerdekaan, tahniah diucapkan kepada seluruh warga KML.

“Semangat inilah yang kita perlukan terutamanya pada sambutan Bulan Kebangsaan setiap tahun, kita tidak mahu Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun tidak difahami apa lagi dihayati maknanya,” katanya semasa berucap sempena Program KMJG di KML, di sini semalam.

Jelasnya, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bukan hanya cuti umum atau hari di mana kita berpeluang bersantai dan beriadah.

“Sebaliknya, kedua-dua sambutan ini adalah masa untuk rakyat Malaysia berbilang bangsa memaparkan semangat patriotik serta kasih sayang terhadap negara,” katanya.

Program KMJG di KML turut diisi dengan beberapa aktiviti lain seperti bacaan ikrar Rukun Negara, persembahan tarian ‘Setia Perpaduan’ dan ‘Malaysia Madani’ serta nyanyian lagu Jalur Gemilang yang dimeriahkan kira-kira 400 orang pelajar KML.

-ZS-

Tinggalkan komen anda