Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kota Tinggi Daerah Kedua Persinggahan Kembara Mahkota Johor 2023

By 7 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Shahqrul Azim Shaari

KOTA TINGGI, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Kampung Felda Bukit Aping Timur telah menjadi lokasi persinggahan Kembara Mahkota Johor (KMJ) di Daerah Kota Tinggi selepas Daerah Johor Bahru, kelmarin.

KMJ pada kali ini dipimpin oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bersama Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.
Pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung telah diadakan semasa KMJ kali ini antaranya ialah melepaskan benih anak ikan ke dalam kolam, rewang bersama penduduk kampung, melastik tin menggunakan biji lerai sawit, melastik gundu, galah panjang dan permainan rim basikal (kelereng).

Menurut penduduk, Normah Arshad, 56, berkata dirinya berasa terharu dan teruja dengan kehadiran keluarga diraja ini.

“Segala aktiviti yang dianjurkan dilakukan bersama-sama rakyat. Saya berharap KMJ ini akan diadakan lagi pada masa akan datang kerana dengan cara ini kami dapat bertemu dengan keluarga diraja yang kami sayangi,” ujarnya.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dato’ Dr Haji Azmi Rohani, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil serta ketua-ketua jabatan.

Tinggalkan komen anda