Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Malaysia Rangkul Enam Anugerah Utama AIFFA 2023

By 7 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili/Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Enam Anugerah Filem  Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023 berjaya dirangkul oleh penggiat seni dari Malaysia pada Malam Gala Festival AIFFA, di sini baru-baru ini.

Antara anugerah yang dimenangi ialah Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Datuk Tamimi Siregar (Perjalanan Pertama), Duan Nago Bogho oleh Sabri Yunus menerima anugerah Anugerah Spirit ASEAN manakala pengarah filem U-Wei Saari menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

“Kami ingin menjemput pembuat filem untuk berada lebih lama di Sarawak dan melawat pelbagai studio semulajadi yang ada di Sarawak.

“Saya percaya Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan sedia membantu,” kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

AIFFA (ASEAN International Film Festival and Awards) merupakan acara dwitahunan dan pertama kalinya dianjurkan pada 2013.

Acara ini diadakan di Kuching, Sarawak selama tiga hari dan dinilai oleh juri antarabangsa serta ASEAN. Ia menawarkan anugerah dalam 15 kategori meliputi semua aspek utama bidang kreatif dan teknikal pembikinan filem.

-ZS-

Tinggalkan komen anda