Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Lance Dunstan (Sarawak)
KUCHING, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Persidangan Kesihatan Mental Sarawak ke-6 2023 kali ini menjadi medium untuk para penceramah berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran mereka dengan para peserta termasuk dari Semenanjung Malaysia dan Borneo.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, berkata beliau sangat menghargai persidangan ini yang bertemakan ‘Kepelbagaian Kepakaran Kesihatan Mental di Borneo’.
“Ia adalah penting untuk semua pihak bersatu bagi mewujudkan lebih kesedaran tentang isu kesihatan mental dan membantu mengenal pasti kelakuan,” katanya semasa majlis perasmian persidangan ini, di sini kelmarin.
Menurutnya lagi, Pusat Jagaan Psikiatri boleh ditubuhkan sebagai perintis di Sarawak bagi memberi kemudahan kepada gelandangan yang menghidap penyakit tersebut yang tidak dapat dikesan ahli keluarga.
“Ini bagi mewujudkan rasa keberadaan dalam komuniti dan memberi pemerkasaan serta autonomi kepada seseorang,” katanya.
-ZS-