Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Minat jadi Sumber Pendapatan

By 25 Ogos 2023Ogos 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Spenpri Irzal Chandra, 50, tidak menyangka bahawa minatnya menjahit songkok kini sebagai menjadi sumber pendapatan dia sekeluarga.

Menurutnya, dia belajar seni menjahit songkok itu dari arwah bapanya sebelum ini sekadar minat sahaja.

Songkok yang dibuat ini sebenarnya mempunyai ciri-ciri reka bentuk Indonesia kerana arwah bapa ialah seorang warga Indonesia yang menetap di sini sejak 40 tahun yang lalu.

Reka bentuk songkok kemudian diolah dan digabungkan dengan reka bentuk Malaysia bagi memastikan ia diterima dengan budaya tempatan.

“Kedai saya menyediakan pelbagai saiz bermula bayi baru lahir sehingga dewasa dengan pelbagai reka bentuk termasuk songkok tinggi dan songkok yang boleh dilipat dengan kain baldu, manakala harga bermula dari RM13 hingga RM185” katanya.

Menurut Spenpri, tempahan yang diterimanya bukan sahaja daripada penduduk setempat tetapi turut mendapat tempahan pelanggan dari Pahang, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Kedainya yang terletak di Kampung Gong Limau, Chukai telah mendapat tempahan 600 biji pada awal bulan Ramadhan lalu memberikan pulangan yang lumayan kepada beliau yang turut dibantu oleh isterinya Yatti Sukarni Shahruddin@Harun, 45.

-ZS-

Tinggalkan komen anda