
Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia hari ini menantandangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Royal Selangor International Sdn Bhd.
Memorandum persefahaman ini adalah bertujuan untuk melaksanakan kerjasama strategik dua hala melalui inisiatif yang merangkumi aspek pembangunan produk, pemasaran dan promosi serta latihan.
“Melalui kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak dapat memanfaatkan informasi dan kepakaran masing-masing bagi penghasilan produk beridentitikan budaya Malaysia khasnya bidang kraf logam,” kata Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia ‘Ainu Sham Haji Ramli.
“Royal Selangor mempunyai produk yang hebat dari segi pereka-pereka yang terkemuka didunia. Peranan dan tugasan Kraftangan Malaysia juga melindungi usahawan-usahawan dalam usaha mempelbagaikan lagi variasi produk serta memperluaskan saluran pemasaran di bawah jenama Royal Selangor,” kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.
Memorandum ini juga dilihat mampu membuka peluang kepada usahawan kraf bidang lain untuk bekerjasama dengan Royal Selangor.
Memorandum tersebut ditandatangani oleh ‘Ainu Sham dan Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn. Bhd Yong Yoon Li.
-ZS-