Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

MTD Wakil WPKL ke Sarawak

By 10 Ogos 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Maktab Tentera Diraja (MTD) berjaya merangkul gelaran juara bagi Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2023 yang diadakan di AEON BiG Kepong, di sini hari ini.

MTD yang membawa pulang piala, sijil penyertaan serta wang tunai RM1,000 akan mewakili WPKL bagi menentukan pemenang Peringkat Kebangsaan di Miri, Sarawak pada 20 hingga 22 Ogos nanti.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datin Roszanina Wahab, program CIP-KPS ini mempunyai beberapa objektif yang ingin diterapkan dalam kalangan pelajar.

“Objektif penganjuran program CIP-KPS ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan pelajar melalui pendekatan baharu.

“Selain itu, program ini juga diharap dapat mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan potensi diri pelajar dalam aspek-aspek berkaitan kepenggunaan serta membentuk generasi pengguna yang bermaklumat, bijak dan bertanggungjawab,” katanya.

Menurut Roszanina lagi, CIP-KPS hari ini mempunyai lapan lokasi yang menguji pengetahuan kepenggunaan dari aspek pengguna bijak, pengurusan kewangan berhemat, pemakanan sihat, pemeliharaan alam sekitar dan kerjasama berpasukan.

Program CIP-KPS yang memasuki tahun ke-13 pelaksanaannya ini telah mencatat jumlah peserta seramai 120 pelajar dan 30 guru pengiring dari Kelab Pengguna Sekolah sekitar WPKL, Selangor dan Putrajaya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda