
Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Johny George Kimlon (Sabah)
KOTA KINABALU, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah menyerikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah, di sini kelmarin.
Menurut Pengarah Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah Inspektor Willbonoh Zain, untuk acara istimewa seperti ini sebaiknya dimainkan muzik kerana ia signifikan dengan menaikkan Jalur Gemilang.
“Apabila kita memainkan muzik secara langsung menjadikan upacara menaikkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah nampak lebih gah dan hebat.
“Biasanya pancaragam hadir di acara rasmi seperti Hari Jadi Tuan Yang Terutama Negeri Sabah (TYT), Hari Malaysia, Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan,” jelasnya.
Untuk rekod, sehingga kini Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah mempunyai seramai 70 anggota termasuk 11 wanita.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Sabah menyempurnakan Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Sabah 2023.
-ZS-