Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sultan Selangor Seru Hentikan Budaya Mencaci

By 21 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Pejabat Dato Menteri Besar Selangor

KLANG, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru semua pihak menghentikan budaya caci-mencaci yang menjejaskan keharmonian dalam masyarakat.

Titah baginda, semua pihak pihak harus menumpukan perhatian memajukan kehidupan rakyat dan memakmurkan negara.

“Orang Melayu Islam diseru mengelakkan perbalahan sesama sendiri yang boleh membawa perpecahan masyarakat dan membawa imej buruk agama Islam.

“Beta perhatikan, politik telah banyak memecah-belahkan perpaduan kita sesama umat Islam dengan amalan fahaman politik sempit,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian sempena Istiadat Pelantikan Dato Menteri Besar Selangor dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Selangor (EXCO) di Istana Shah Alam hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari, 43, dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor ke-17 bagi penggal kedua.

-ZS-

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda