Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

40 Banduan PBSL Dibebaskan Sempena Merdeka

By 2 September 2023September 4th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhannis Idris/Kartini Abdul Aziz (Batang Padang)

TAPAH, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan 2023 amat bermakna buat 40 orang banduan yang menerima pelepasan melalui Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani ‘Kepulangan Yang Dinanti’ yang berlangsung, di sini baru-baru ini.

Pengarah Penjara Tapah Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Kamarul Alam Taib, berkata seramai sembilan banduan akan kembali ke pangkuan keluarga manakala 31 banduan yang lain akan bekerja di bawah Program Corporate Smart Intership (CSI).

“Program PBSL ini diharap dapat memberi peluang kedua kepada banduan untuk berubah menjadi lebih baik dan melatih diri untuk bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan,” katanya.

Banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Yasin, 53, menzahirkan penghargaan kepada pihak penjara kerana terpilih menerima pelepasan tersebut.

“Peluang ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk mengubah diri dan berharap kepulangan saya diterima baik oleh keluarga dan masyarakat di luar sana,” katanya.

Sementara itu, Pheng, 36, antara 31 banduan terpilih turut gembira kerana beliau diterima bekerja melalui program CSI.

“Pandangan negatif yang dilemparkan kepada bekas banduan menyebabkan saya sentiasa takut dan rasa tersisih. Namun begitu saya berharap peluang kedua ini membuka jalan untuk saya membina hidup yang lebih baik,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda