Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

13 Kampung Siam Pendang Meriahkan Semarak Gemilang

By 2 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashyar Abdullah (Kedah)

PENDANG, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Kehadiran 13 buah kampung komuniti Siam di bawah Komuniti Madani memeriahkan Program Semarak Gemilang Peringkat Daerah Pendang di Dewan Orang Ramai, Kampung Tok Set, di sini kemarin.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah Nasrudin H.Mahmud, program bersama komuniti Siam ini merupakan pertemuan kali pertama Komuniti Madani dikawasan ini.

“Sambutannya sangat meriah di mana tujuan utama program ini dibuat bagi menghayati kibaran jalur gemilang dan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat serta menaikkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Pengerusi Komuniti Madani Kampung Tok Set, Lereang Huan, 60, sangat berbesar hati kerana program sebegini diadakan di kampungnya.

“Ianya dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kami,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda