Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKedah

Anak Muda Pemangkin Pembangunan Masa Hadapan

By 2 September 2023September 5th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Wan Muhammad Afiq Wan Mokhtar (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Ahli Parlimen Segambut dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Segambut telah menganjurkan satu Program Konvoi 30 Buah Kereta Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Parlimen Segambut, di sini kelmarin.

“Penglibatan anak muda perlu dalam perkongsian idea untuk membangunkan negara yang progresif serta tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lama sahaja.

Program bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan unsur semak dan imbang dalam apa jua perancangan di masa akan datang,” tegas beliau semasa ditemu bual di dua lokasi terakhir persinggahan konvoi.

Antara pengisian program tersebut adalah jelajah mesra peserta konvoi bertemu masyarakat di 10 lokasi persinggahan di sekitar Segambut di samping edaran 3,000 helai bendera tangan.

Turut hadir Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Segambut Datuk Sri Yap Keow Keong bersama ketua-ketua Sub Zon Parlimen Segambut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda