Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

‘6 Hours Challenge’ Galakkan Ekosistem Masyarakat Tanpa Tunai

By 23 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Program ‘6 Hours Challenge’ anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDi) menggalakkan ekosistem masyarakat tanpa tunai.

Menurut kenyataan Pejabat KPDN Labuan, program itu dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama syarikat penyedia ‘e-wallet’ terpilih iaitu Touch & Go.

“Program ini dilihat sebagai salah satu platform dalam membudayakan advokasi digital melalui konsep ‘public to public awareness’ selain meningkatkan keyakinan peniaga-peniaga untuk berdaftar dengan penyedia-penyedia ‘e-wallet’ terpilih dalam menyediakan kemudahan pembayaran melalui aplikasi ‘e-wallet’.

“16 kumpulan yang menyertai pertandingan itu dikehendaki mencari sebanyak mungkin peniaga untuk didaftarkan ‘onboarding e-wallet Touch & Go’ dalam masa 6 jam serta setiap kumpulan perlu membuat satu video pendek rumusan pengalaman melaksanakan advokasi,” menurut kenyataan itu.

Pelepasan semua peserta disempurnakan oleh Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Datuk Rohaizi Bahari, di sini pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda