Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

60 Pengusaha Kraf Berkampung 10 Hari di Perlis Sempena #FKU23

By 24 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 24 Sep (Malaysiaaktif)-Penganjuran Festival Kraf Utara 2023 (#FKU23) yang berlangsung di Kraftangan Cawangan Perlis menyasarkan kehadiran seramai 15 ribu pengunjung dengan sejumlah RM400 ribu nilai jualan keseluruhan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman yang merasmikan karnival tersebut, berkata karnival yang diadakan selama 10 hari di perkarangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis disertai seramai 60 orang usahawan kraf dari Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

“Di negeri Perlis pula terdapat seramai 77 usahawan yang mengusahakan produk kraf dari bidang teksil, hasil rimba, hasil tanah serta logam dengan nilai jualan berjumlah RM1.67 juta sehingga Ogos tahun ini ” ujarnya di sini semalam.

Tambah beliau lagi, mengikut statistik MOTAC, sehingga Jun 2023 negeri Perlis telah menerima kedatangan pengunjung seramai 323,173 orang dan diharapkan sasaran 3.5 pengunjung sempena Tahun Melawat Perlis 2023-2024 dapat dicapai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda