Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

50 Peratus Rakyat Malaysia Tidak Sedar Menghidap NCD

By 23 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roseemyzal Nordin (Labuan)

LABUAN, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Kira-kira 50 peratus penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini tidak mengetahui mereka menghidap penyakit berkenaan.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman keadaan itu berpunca daripada pembudayaan hidup tidak sihat oleh rakyat Malaysia yang turut memberi tekanan hebat kepada sistem kesihatan.

“Situasi semasa kesihatan terutamanya penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD) di negara kita berada dalam keadaan membimbangkan dengan beban kewangan yang tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam rawatan pesakit.

“Sebanyak 73 peratus kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh NCD akibat budaya hidup yang tidak sihat,” jelasnya semasa merasmikan Karnival Labuan Sihat sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Labuan 2023, di sini pagi tadi.

Jelasnya lagi, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera merupakan satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk merealisasikan hasrat kerajaan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan jalinan kerjasama di antara rakan strategik ANMS dari pelbagai agensi kerajaan lain, swasta, badan bukan kerajaan dan komuniti.

“Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat dan mempromosikan pengamalan budaya hidup sihat supaya rakyat khususnya masyarakat Labuan dapat menikmati hidup yang lebih sihat sejahtera,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda