Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

AADK Sasar Sejuta Belia Sertai Skuad Antidadah

By 21 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)/AADK

KUALA SELANGOR, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan sejuta belia menyertai Skuad Antidadah menjelang pertengahan tahun 2024.

“Sehingga kini seramai 120,000 belia telah menyertai Skuad Antidadah yang baru sahaja dilancarkan pada tahun ini.

“Salah satu daripada masalah yang kita kesan adalah golongan remaja dan belia lebih ramai menagih dadah kerana terdapat waktu senggang yang banyak atau tidak ada aktiviti yang dibuat,” kata Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon kepada pemberita di Program Retreat Bersama Klien dan Malam Apresiasi Media, di sini semalam.

Menurutnya lagi, Skuad Antidadah digerakkan untuk menjadi faktor pelindung kepada belia daripada terlibat dengan salah guna dadah sekali gus berupaya meningkatkan minat belia menganggotai badan sukarelawan tersebut.

Sutekno juga menyampaikan mesej ‘Pencegahan Dadah Bermula di Rumah’ yang mana ketua keluarga memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak daripada terjebak dengan gejala dadah kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

-ZS-

Tinggalkan komen anda