
Laporan/foto: Maznah Ngah/Nurul Izzah Insyirah Mamat (Terengganu)
HULU TERENGGANU, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Pemandangan menarik berlatarbelakang gumpalan awan yang dikenali sebagai awan karpet menjadi tular dalam kalangan peminat kembara, penduduk setempat dan sekitar negeri Terengganu yang terletak di Kampung Kepah, Kuala Berang di Daerah Hulu Terengganu.
Bukit Jelutong mempunyai ketinggian 200 meter dari paras laut dan mempunyai tarikan tersendiri menggamit penggemar kembara untuk merasai pengalaman menakjubkan.
“Keterujaan pertama kali mendaki bukit tersebut apabila berjaya sampai di kemuncak disajikan pemandangan yang sangat menakjubkan yang tiada di tempat lain,” kata peminat kembara berasal dari Sabah, Sahari Abd Wahab, 49, di sini baru-baru ini.
Bagi Nurul Ainina Aziz, 35, kepenatannya terus hilang apabila sampai di kemuncak.
“Saya tidak melepaskan peluang merakam detik-detik indah bersama gumpalan awam karpet,” katanya.
-ZS-