Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bengkel Tabla Mendapat Sambutan Pelbagai Kaum

By 24 September 2023September 27th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Nurulaini Mohd Kasran

KOTA TINGGI, 24 Sep (Malaysiaktif) – Bengkel Asas Permainan Gendang India tabla peringkat Daerah Kota Tinggi 2023 telah mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan daripada pelajar pelbagai kaum.

Bertempat di Muzium Kota Tinggi, bengkel anjuran Majlis Kebudayaan Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi itu turut disertai pelajar Melayu dan Cina.

Menurut tenaga pengajar dan penggiat seni Sivamani Manikam, 45, tabla merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang pada satu bukaannya.

“Alat muzik ini sinonim dengan masyarakat India dan dikatakan berasal daripada gendang ‘mridangam’. Ia dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan, persembahan, ‘barathanatyan’ perkahwinan dan sebagainya.

“Pendedahan kepada para pelajar mengenai alat muzik tabla ini amat penting supaya alat muzik tradisional kaum India ini tidak dilupakan oleh generasi muda,” ujarnya, di sini kelmarin.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi Roslan Md Noh hadir menyempurnakan majlis penutup.

-ZS-

Tinggalkan komen anda