Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

CENTEXS Berperanan Terokai Peluang Baharu Pekerjaan Berteknologi Tinggi

By 18 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:  Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) berperanan menerokai peluang baharu pekerjaan yang berteknologi tinggi bukan hanya untuk Sarawak tetapi untuk Malaysia keseluruhannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah membuat kunjungan rasmi ke CENTEXS kelmarin, berkata Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada awalnya adalah untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang tidak cemerlang di dalam bidang akademik, namun TVET kini merupakan pilihan pertama.

Menurut salah seorang tenaga kerja CENTEXS, Asmafazira Sukor, 28, kemasukan adalah untuk warga Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas dan semua jurusan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sarawak dengan syarat para pelajar perlu lulus dan hadir ke kelas.

“Tiada sebarang yuran dikenakan dan segala kemudahan disediakan seperti tempat tinggal, pengangkutan, makan minum dan peralatan kelas termasuk elaun.

“Sijil diiktiraf di dalam Malaysia dan antarabangsa. Ia memberi peluang untuk mendapat pekerjaan yang cerah selepas menghabiskan kursus yang ditawarkan di sini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda