Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Lebih 6,000 Sertai Fit Malaysia Perlis

By 18 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

ARAU, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 6,000 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur telah menyertai Program Fit Malaysia Perlis 2023 yang diadakan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh, di sini semalam.

Pengarah Pembangunan Negeri Perlis Maznah Musa, berkata objektif utama program berkenaan adalah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di seluruh negara berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan.

“Saya lihat sambutan orang ramai terutamanya gologan belia sangat mengagumkan kerana walaupun hujan mereka tetap datang untuk menyertai pelbagai aktiviti yang telah di sediakan oleh pihak penganjur utama iaitu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis,” ujarnya.

Terdapat lebih 30 pempamer dari pelbagai agensi kerajaan dan badan badan bukan kerajaan yang membuka kaunter untuk memberi penerangan dan maklumat kesihatan seperti aspek gaya hidup sihat, bahaya denggi dan lain- lain lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda