Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sambutan Hari Malaysia Meriah

By 18 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Malaysia 2023 yang telah berlangsung di Stadium Perpaduan, di sini kelmarin dimeriahkan dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung.

Bertemakan Malaysia ‘MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,’ sambutan kali ini bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat perpaduan sebagai kunci utama kestabilan negara.

Semangat ‘Segulai Sejalai’ yang bermaksud seiring sejalan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang berjaya dizahirkan menerusi sambutan tersebut.

“Sangat meriah, persembahan juga sangat menarik dan saya berasa amat bangga dengan sambutan Hari Malaysia kali ini,” kata Lee Nyuk Lan, 52, seorang pengamal media ketika ditemui.

“Semua rakyat berbilang kaum memberi sambutan yang sangat mengalakkan, tidak kira bangsa, agama semua duduk sama di stadium menyaksikan persembahan malam dan jelas menunjukan nilai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dan menepati tema malam ini iaitu ‘Segulai Sejalai,” kata Nyuk Lan ketika ditanya mengenai tema Hari Malaysia tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda