Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Gotong Royong Perdana Satukan UiTM Seluruh Negara

By 30 September 2023Oktober 2nd, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Fauzan Hadi Hussin (UiTM Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Pengtiktirafan daripada Malaysia Book of Record (MBR) dengan penglibatan seramai 35,685 pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) seluruh negara di dalam Gotong Royong Perdana UiTM 2023, di sini semalam memberikan satu perspektif yang baru kepada peserta.

Ini selaras dengan program Trash 4 Cash (T4C) yang dianjurkan pada tahun lepas diteruskan dengan kerjasama daripada 34 buah kampus seluruh negara.

Menurut Timbalan Jurutera UiTM Kampus Kuala Pilah Surayya Hany Samat, program yang julung kali diadakan ini memberikan satu semangat yang jitu dalam kalangan pelajar dan kakitangan untuk menjaga kebersihan serta memupuk hati untuk kitar semula barang-barang terpakai, sebagai langkah menjaga kebersihan alam sekitar daripada dicemari dengan sampah sarap.

“Hasil daripada kolaborasi bersama Jabatan Alam Sekitar dan SWCorp, kutipan sampah yang boleh ditukarkan kepada tunai adalah sebanyak 1,106 kilogram dengan pulangan tunai sebanyak RM319.40,” katanya.

Majlis penyerahan sijil pengiktirafan MBR kepada UiTM yang diwakili Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Hajah Roziah Mohd Janor di UiTM Shah Alam turut diadakan secara maya ke UiTM seluruh negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda