Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Noor Hafiz Harumkan Nama Negara hingga ke Dubai

By 7 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim/Persekutuan Catur Emiriah Arab Bersatu (UAE)

PUTRAJAYA, 7 Sep (Malaysiaaktif) – PEMAIN catur amatur negara, pemegang Arena International Master (AIM) Noor Hafiz Mohd Nor dipertaruhkan sebagai wakil negara hanya mampu mengutip lima mata dalam Kejohanan Catur Amatur Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula Ahad minggu lalu hingga Isnin.

Noor Hafiz memperoleh lima mata berharga selepas menewaskan pemain dari Kuwait, Bahrain, Jordan dan dua pemain Oman.

Bagaimanapun, peluang beliau untuk mengutip mata lebih banyak gagal apabila tewas kepada wakil dari India, Iran, Sri Lanka dan tuan rumah, UAE.

“Kejohanan peringkat Asia ini juga membuktikan bahawa Malaysia bersedia untuk memberikan saingan yang lebih sengit pada Kejohanan Catur Amatur Dunia yang dijadualkan pada 1 sehingga 11 November di Muscat, Oman,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pemerkasaan Komuniti Malaysia (Mpower) ia membabitkan seramai 162 peserta daripada 28 negara benua Asia.

Edisi kali ini menyaksikan wakil India, A Kumaresh muncul sebagai juara dan dianugerahkan gelaran Candidate Master (CM).

Dalam pada itu, Noor Hafiz merakamkan penghargaan atas sokongan pelbagai pihak yang telah banyak membantu persiapan bagi kejohanan tersebut berlangsung.

“Nor Hafiz juga merupakan pemenang Papan Terbaik peringkat kebangsaan pada Kejohanan Catur Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) di Ipoh pada 9 sehingga 12 Mac yang lepas,” menurut kenyataan tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda