Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Projek Rakan Kebun Perkuat Kestabilan Ekonomi Komuniti Luar Bandar

By 22 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amielia Zulkifli/Mawarni Ismail (Kerian)

BAGAN TIANG, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Projek Rakan Kebun Sahabat Komuniti Desa (SKoD) menjadi satu usaha membantu penduduk meraih hasil makanan yang berkualiti tinggi dan memberi daya tahan ekonomi yang lebih baik.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Ahmad Kamal Idris meluahkan rasa gembira di atas kerjasama penduduk bagi mengekalkan tradisi bercucuk tanam dalam kalangan masyarakat bagi memperkuatkan lagi kestabilan ekonomi komuniti luar bandar.

“Saya melihat projek ini sebagai peluang untuk masyarakat berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain.

“Selain itu, penduduk juga boleh berkongsi pengetahuan tentang pertanian dan bertukar pengalaman,” ujarnya ketika berucap pada majlis pelancaran program di Dewan Terbuka, di sini semalam.

Turut berlangsung penyampaian hadiah bagi Kategori Kampung Contoh Peringkat Negeri Perak 2023 kepada Kampung Kuak yang mewakili Daerah Hulu Perak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda