Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sinar Harapan buat Kanak-Kanak Istimewa

By 19 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Intan Rasyidah Mustapa (Melaka Tengah)

MELAKA, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pembedahan Klef Bibir dan Lelangit kali ke-14 telah berlangsung di Hospital Pakar Putra Melaka, di sini kelmarin.

Program yang bermula sejak tahun 2004 ini telah membantu seramai 325 orang yang mengalami klef bibir untuk menjalani pembedahan pemulihan yang melibatkan kerjasama antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Menurut Ketua Pasukan Pakar Perubatan Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Melaka Izety Shezlinda Noran, program ini mendapat kerjasama daripada Putra Hospital dan Dunia Melayu Dunia Islam dilihat mampu memberikan sinar harapan baru serta keceriaan kepada kanak-kanak yang lahir daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Semoga usaha sedemikian dapat membuka mata lebih banyak pihak pertubuhan bukan kerajaan dan korporat dalam menyumbang khidmat bakti sosial,” ujarnya.

Majlis Perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda