Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kesatuan, Kebersamaan Prasyarat Kekal Harmoni

By 19 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marina Hila Idris (Klang)

KLANG, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Prasyarat untuk berjaya dalam menempuh pelbagai cabaran dan mengekalkan keharmonian ialah kesatuan dan kebersamaan atas kepentingan tanah air kita.

Pengarah Penerangan Negeri Selangor Normaizatulakmal Tujad semasa merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kebangsaan 2023 di Kolej Tingkatan Enam Sri Istana, di sini semalam.

“Walaupun tidak dibelenggu oleh penjajah namun Malaysia berdepan dengan cabaran daripada luar yang boleh menggugat keharmonian negara ini.

“Oleh itu, perpaduan perlu dikekalkan agar Malaysia tetap teguh seiring pembangunan pada masa hadapan,” katanya.

Program yang disertai lebih 900 pelajar dan guru warga Kolej Tingkatan Enam Sri Istana meriah dengan persembahan tarian pelbagai kaum yang menonjolkan keunikan budaya di Malaysia .

Turut hadir Pengetua Kolej Tingkatan Enam Zainon Yusof, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Klang Muhamad Saadan Mat Daris dan wakil Ketua Polis Daerah Klang Selatan ASP Mohd Harman Mohd Haniff.

-ZS-

Tinggalkan komen anda