Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Konvoi Bermotor Akhiri Sambutan Bulan Kemerdekaan

By 19 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)

DURIAN TUNGGAL, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 70 buah motorsikal terdiri daripada warga Durian Tunggal telah menyertai acara Konvoi Merdeka peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, kelmarin.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya,Infrastruktur,Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Durian Tunggal Zahari Khalil, berkata program tersebut melibatkan 11 kawasan persinggahan di sekitar Durian Tunggal.

“Kita adakan program ini adalah simbolik kepada penutupan sambutan Bulan Kemerdekaan.

“Saya amat berbesar hati kerana setiap kampung dalam DUN Durian Tunggal menghantar sekurang-kurangnya lima orang wakil untuk menyertai program ini,” katanya.

Selain aktiviti konvoi turut diadakan pertandingan keceriaan kemerdekaan kategori rumah dan kampung yang menyaksikan Kampung Beringin dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda