Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Belanjawan 2024 Malaysia MADANI: Kerajaan Perpaduan Peruntuk RM393.8 Bilion

By 13 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/Jabatan Penerangan

PUTRAJAYA, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang memperuntukkan sejumlah memperuntukkan RM393.8 bilion dengan RM303.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM90 bilion bagi pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

“Perbelanjaan tersebut melibatkan penambahan siling RMK12 sebanyak RM15 lagi, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 untuk tempoh lima tahun.

“Penambahan ini menunjukkan, kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang (expansionary fiscal stance) walaupun pada masa yang sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.

Menurut Perdana Menteri, Belanjawan MADANI Kedua merupakan belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan.

“Belanjawan ini merupakan suatu pernyataan iltizam Kerajaan bagi memulihkan ekonomi dalam marcapada yang serba mencabar. Kerajaan terbuka mendengar pandangan dan kritikan dari segenap pihak, namun tidak bermakna sewenangnya bebas melemparkan fitnah.

“Ditambah dengan cabaran ekonomi global dan geopolitik yang menggusarkan, sikap ini sedikit sebanyak menghambat kemajuan bangsa kita,” katanya.

-RI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda