Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bukan Islam Sertai Perarakan Maulidur Rasul 2023

By 5 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Perarakan Maulidur Rasul 2023 peringkat Jajahan  Tanah Merah di Masjid Sultan Ismail Petra, pagi ini amat bermakna apabila turut disertai peserta bukan lslam.

Perarakan sejauh 2.3 kilometer mengelilingi bandar Tanah Merah itu telah disertai 700 peserta yang terdiri dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menurut Imam 1 tersebut Ustaz Shukri Muhammad Nor, 48, Perarakan Maulidur Rasul 2023 melahirkan kecintaan dan kasih saying umat lslam kepada junjungan besar Nabi  Muhammad SAW.

“Kita berhimpun dan berarak sambil berselawat untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW.

“Namun keistimewaan perarakan hari ini ialah ianya disertai kaum bukan lslam. Kehadiran mereka dapat memeriahkan dan menceriakan suasana,” katanya.

Sementara itu peserta perarakan daripada kaum Cina, Wee See Ho, 61, dari Bandar Tanah Merah, berkata beliau ucapkan terima kasih kepada pihak masjid yang sudi menjemput beliau dan kaum Cina lain untuk menyertai program ini.

“Saya bersama kawan-kawan telah dijemput untuk bersama-sama orang lslam berarak dan mengelilingi bandar Tanah Merah.

“Kita hidup dalam masyarakat perlu bergaul dan bekerjasama agar keharmonian dan keakraban kaum dapat diwujudkan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda