Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

‘Demokrasi Kita’ Memberi Pendedahan Awal Proses Pilihan Raya Sebenar

By 11 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Halimah Abd. Ghani/Nazlia Naim (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Kira-kira seramai 200 orang pelajar daripada SMK Guar Perahu, Permatang Pauh telah mengikuti simulasi pilihan raya di dalam Program Demokrasi Kita, di sini hari ini.

Program Demokrasi Kita merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab Malaysiaku kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia.

Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan lima yang tidak pernah mengundi dan merupakan calon pengundi pada pilihan raya akan datang.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu Dr. Hj. Mohamad Pisal A. Bakar, berkata pihaknya menyambut baik program yang telah dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang dalam menjayakan simulasi pilihan raya mengikut situasi sebenar.

“Pelajar hari ini telah didedahkan dengan proses penamaan calon, tempoh berkempen hingga hari pengundian secara praktikal dan para pelajar sangat teruja,” katanya.

Pelajar, Muhammad Irfan Shahmi bin Mohd Sofian, 17, berkata beliau tidak sabar untuk mengundi pada pilihan raya akan datang apabila genap usia 18 tahun pada tahun hadapan.

“Ini adalah pengalaman pertama merasai bagaimana mengundi kerana sebelum ini maklumat berkenaan proses pilihan raya hanya dipelajari di dalam kelas atau daripada sumber bacaan sahaja.

Sementara itu, Nurul Nadhirah Abdul Rahman Rais, 17, pula memaklumkan beliau hanya mengetahui maklumat mengundi secara teori sahaja di dalam kelas dan hari ini dapat merasai sendiri menjadi seorang pengundi dalam simulasi pilihan raya.

“Melalui program ini kami diberi pendedahan awal dan dapat merasai keadaan sebenar semasa pilihan raya seperti cara mengundi dengan betul dan undi itu adalah rahsia,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda