Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Karnival Kerjaya PUO Tawar Lebih 300 Peluang Pekerjaan

By 11 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/PUO

IPOH, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 300 peluang pekerjaan dan penempatan latihan industry telah ditawarkan sepanjang program Karnival Kerjaya Politeknik Ungku Omar (PUO) 2023 di sini yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan PUO, penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan PUO, memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang kerjaya di industri serta menghadiri temu duga bagi tujuan penempatan latihan industri atau mendapatkan pekerjaan.

“Pihak industri juga berpeluang mengenal pasti calon yang berpotensi bagi tujuan penempatan latihan industri atau tawaran pekerjaan, seterusnya mengukuhkan kolaborasi progresif antara industri dan PUO.

“Sesi temu duga terbuka yang diadakan telah menawarkan sekurang-kurangnya 300 peluang pekerjaan dan latihan industri dalam pelbagai bidang TVET sekaligus membantu meningkatkan peluang pencari pekerjaan memperoleh kerjaya yang bersesuaian,” menurut kenyataan itu.

Melalui program ini juga, PUO turut menandatangani tiga sijil kolaborasi strategik bersama syarikat Sapura Energy Berhad, Sandaran Impian Sdn. Bhd. dan Chen & Co Tax Services Sdn. Bhd. yang bakal menyaksikan kerjasama dalam bidang Kejuruteraan dan Perbankan Perakaunan.

Hadir merasmikan program Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PUO Dr. Mohd. Nor Azam Mohd Dali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda