Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

PDC Setia Urus Rangkul Anugerah Semarak Gemilang 2023

By 11 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zamrud Laili Mohd Mustap/Shamsul Bahari Abdul Shukor

KEPALA BATAS, 11 Okt (Malaysiaaktif) – PDC Setia Urus dipilih sebagai penerima Anugerah Semarak Gemilang 2023 dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 beserta plak penghargaan sempena Majlis Apresiasi Semarak Gemilang yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, semalam.

PDC Setia Urus komited bekerjasama menjayakan rakaman bahagian video gimik Pelancaran Bulan Kebangsaan 2023 dengan menghias Jalur Gemilang di sekitar KOMTAR, The Top dan Tapak Unesco Georgetown di samping mengajurkan Program Semarak Gemilang@KOMTAR Peraduan Mewarna Kanak-Kanak.

Ketua Pegawai Operasi PDC Setia Urus, Loi Kai Horng, berkata, pihaknya bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan Jabatan Penerangan (JaPen) Pulau Pinang dalam usaha memupuk perpaduan dan semangat patriotisme.

“Penglibatan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama dalam menjayakan program ini seharusnya dipuji.

“Pihak kami akan sentiasa bekerjasama dan diharap JaPen Pulau Pinang akan terus melaksanakan program atau aktiviti sebegini secara berterusan,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif.

Sementara itu, Institut Kemahiran Mara Seberang Perai Utara turut menerima anugerah tersebut dengan membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 beserta plak penghargaan.

Anugerah Semarak Gemilang merupakan satu penghargaan yang diberikan oleh JaPen Pulau Pinang untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada organisasi yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.

Majlis Apresiasi Semarak Gemilang 2023 dirasmikan oleh Pengarah Penerangan Pulau Pinang Sabri Said.

-ZS-

Tinggalkan komen anda