Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Gerai Zainul Nasi Kandar jadi Pilihan Warga Petaling Jaya

By 5 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ruddy M. Hams/Wan Zuhairi (Petaling)

PETALING JAYA, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Pengunjung yang berurusan di Bangunan Persekutuan Petaling Jaya dan sekitarnya sudah pasti akan menjamu selera di gerai Zainul Nasi Kandar, di sini.

Beroperasi di Medan Selera Kompleks C, gerai berkenaan menjadi lokasi tumpuan warga Petaling Jaya atau pengunjung sekitar untuk menjamu selera.

Pemiliknya Zaitun Zainul, 52, berkata gerai nasi kandarnya memulakan perniagaan sejak beliau masih kecil.

“Nasi kandar di sini menggunakan resipi turun-temurun dan campuran rempah-ratus yang telah dikekalkan sejak berpuluh tahun lalu.

“Kami beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 5 petang,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, Medan Selera Kompleks C mula beroperasi sejak 1986 menempatkan pelbagai gerai dengan menu sarapan pagi hingga makanan tengah hari.

“Lokasinya yang terletak berhampiran dengan pejabat kerajaan seperti Banguan Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya menjadikan gerai ini tumpuan orang ramai,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda