Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bera Disambut Meriah

By 14 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fitri Halim (Bera)

BERA, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Bera hari ini disambut meriah oleh masyarakat daripada segenap lapisan peringkat umur menyertai pelbagai aktiviti sukan.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bera yang menyasarkan penglibatan masyarakat tanpa mengira latar belakang, umur dan kaum itu berlangsung seawal pukul 7.30 pagi dimulai dengan aktiviti senam cergas menampilkan lima pasukan dengan jenis tarian berbeza-beza dan diikuti oleh para peserta pasukan berbasikal dan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan Khaizul Nizam Mohd Zuldin, berkata sambutan Hari Sukan Negara pada kali ini sangat meriah, tidak seperti sebelum ini.

“Terima kasih kepada semua agensi kerana memberi kerjasama dalam menjayakan semua program dan aktiviti yang berlangsung di daerah ini,” ujarnya.

Khaizul turut menyampaikan hadiah dan anugerah kepada atlet sukan daerah Bera yang menyertai pelbagai aktiviti sukan sepanjang tahun.

Antara aktiviti yang diadakan ialah kayuhan basikal sepanjang 20 kilometer, sepak raga, sepak gol, boling, sukaneka tabika dan mendaki Bukit Senorang.

Tinggalkan komen anda