
Laporan/foto: Zayana Isa/Fitri Halim (Pahang)
BENTONG, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Lata Daken yang terletak di Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Gapoi di daerah ini merupakan salah satu tarikan destinasi pelancongan yang bakal menjadi tumpuan ramai.
Menurut Tok Batin KOA Sungai Gapoi Ramli Mat Lata Daken mula dikenali sejak tahun 2000.
“Kebanyakan pengunjung yang datang adalah pengunjung tempatan dan menjadi tumpuan menjelang hujung minggu dan cuti sekolah.
“Memandangkan kawasan air terjun ini sudah mula terkenal, saya ingin berpesan kepada para pengunjung yang datang untuk menjaga kebersihan, tidak memusnahkan atau menebang pokok dan perlu menjaga adab di sini,” ujarnya.
Beliau turut berharap agar kawasan ini dinaik taraf dari segi infrastruktur dan pelbagai kemudahan seperti destinasi pelancongan yang lain demi keselesaan pengunjung yang datang.
-ZS-