Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

LUAS Giat Kenal Pasti Punca Pencemaran Sungai Selangor

By 10 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SHAH ALAM, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) giat menjalankan siasatan mengenal pasti punca berlaku pencemaran bau di Sungai Selangor semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, berkata siasatan telah dijalankan di beberapa kawasan seperti lokasi pengorekan pasir, aktiviti pembangunan dan jambatan Sungai Sembah.

“Hasil siasatan dan persampelan di lokasi terbabit menunjukkan bacaan bau 0 ton dan tiada kesan minyak didapati.

“Insiden ini berpotensi disebabkan oleh faktor kuantiti minyak yang minima dan bersifat sementara masuk ke Sungai Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan susulan mengenal pasti punca kejadian diteruskan hari ini.

“Kerajaan Negeri Selangor dan LUAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air.

“Tindakan tegas akan diambil selaras peruntukan Seksyen 79 Enakmen LUAS (pindaan) 2020” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan berlaku pencemaran air di Sungai Selangor menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) dihenti tugas.

Susulan kejadian berkenaan sebahagian kawasan di wilayah Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor gangguan bekalan air dan tekanan air rendah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda