Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pentingnya Ilmu Kepenggunaan, Elak Bahaya ‘Scammer’

By 7 Oktober 2023Oktober 9th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/MKhairulnizam

JEMPOL, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Menurut laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, sebanyak 12 kes dengan kerugian RM84,480 telah dilaporkan berkaitan jenayah komersial bagi tahun melibatkan mangsa dalam kalangan guru.

Menyedari jenayah ini semakin meningkat dalam kalangan warga pendidik, satu taklimat berkaitan isu ini telah diadakan, di sini kelmarin.

Menurut Pegawai Daerah Jempol Nawal Mohamed Amin, program tersebut merupakan julung kali diadakan dengan sasaran utama pesertanya adalah para pendidik.

“Jika sebelum ini kami di agensi kerajaan yang lain tidak berpeluang untuk mendekati guru-guru yang merupakan penjawat awam yang paling besar dalam setiap daerah namun menerusi program ini kita dapat bersama dan berkongsi ilmu,” katanya.

Seramai 150 orang guru di daerah Jempol telah menghadiri Program Taklimat Isu Kepenggunaan dan ‘Town Hall Discussion’ dengan tajuk ‘Jenayah Komersial – Scammer, Apakah Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Menangani Isu Ini’.

Program yang diadakan dengan Pejabat Penerangan Daerah, Pejabat KPDN Cawangan Kuala Pilah dan IPD Jempol sebagai peneraju utama disokong oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Majlis Perbandaran Jempol, Muzium Teratak Zaaba dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Negeri Sembilan.

Menurut Nawal, melalui laporan daripada pihak PDRM, terdapat dalam kalangan warga pendidik yang telah menjadi mangsa penipuan jenayah komersial atau lebih tepat lagi ‘scammer’.

“Jadi, diharapkan agar selepas ini semua maklumat yang akan disampaikan digunapakai sebaiknya bagi mencegah daripada menjadi mangsa.

“Harapan saya, ianya juga akan disebarluaskan lagi kepada rakan-rakan atau kenalan tuan puan agar rantaian maklumat ini tidak terputus di sini sahaja,” katanya.

Sementara itu seorang guru, Nor Azizah Ibrahim, 52, berkata program yang berbentuk forum seperti ini sangat baik bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru dan masyarakat mengenai isu kepenggunaan dan jenayah siber supaya lebih berhati-hati serta berwaspada agar tidak menjadi mangsa.

Turut diadakan sudut pameran dan edaran risalah oleh pihak IPD Jempol, KPDN dan Pusat Maklumat Rakyat ‘Outreach’ JaPen.

-ZS-

Tinggalkan komen anda