Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Guru Terima Hadiah Istimewa di Hari Persaraan

By 7 Oktober 2023Oktober 9th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Erzufariza Zulkilly (Maran)

MARAN, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Seorang guru yang bersara wajib semalam merasa bangga dan menganggap ia sebagai hadiah istimewa persaraan beliau apabila 38 daripada 40 orang anak
muridnya yang menduduki peperiksaan Sill Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2022 berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Norrida Mohamad Yunus, 56, merupakan Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran mula berkhidmat sebagai guru dari tahun 1989 hingga 2023.

“Sepanjang saya berkhidmat sebagai guru, banyak kenangan pahit dan manis yang saya lalui dan saya anggap ini sebagai hadiah istimewa apabila 38 daripada 40 anak-anak murid saya berjaya memasuki universiti,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu pernah didatangi oleh ibu bapa pelajar setelah menegurnya, walaubagaimanapun perkara itu dapat diselesaikan sebaiknya dan disebabkan itu, hubungan beliau dan ibu bapa pelajar tersebut menjadi semakin baik.

“Cabaran yang mendatang tidak mematahkan semangat saya untuk mendidik anak bangsa dan melahirkan generasi yang berkualiti,” katanya.

Norrida yang dahulunya merupakan pelajar di sekolah tersebut pada tahun 1980-1984 dan kembali ke sekolah berkenaan sebagai guru pada tahun 2006 turut berpesan kepada guru-guru dan bakal guru untuk terus kental mendepani cabaran dalam dunia pendidikan.

“Dunia pendidikan semakin mencabar, terutamanya dalam dunia teknologi digital sekarang ini.

“Saya ingin berpesan agar jangan mudah mengalah dan bekerjalah dengan baik dan amanah, insya-Allah akan mendapat ganjarannya nanti,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda