Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PSA Serah Baucar Makanan kepada 200 Pelajar B40

By 6 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 200 pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) daripada golongan B40 menerima sumbangan berupa baucar makanan.

Sumbangan keseluruhan berjumlah RM30,000 daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd dengan setiap seorang menerima RM150 untuk membeli makanan di kafeteria dan medan selera yang terdapat di PSA.

Timbalan Pengarah Akademik PSA Ts Dr Ahmad Aftas Azman, berkata program tersebut merupakan kerjasama PSA bersama SIRIM QAS International Sdn Bhd dengan mengagihkan sumbangan kepada para pelajar yang layak.

“Kita berharap inisiatif ini dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa atau penjaga di samping membantu para pelajar mendapat nutrisi secukupnya.

“Semoga pelajar manfaatkan sumbangan ini sebaiknya dan jadikan ia sebagai motivasi dalam meneruskan pengajian dan meningkatkan semangat diri untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Program Berkongsi Kegembiraan melalui Baucar Makanan SIRIM QAS International Sdn Bhd kepada PSA yang diadakan di Anjung Bestari, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Seksyen Pemasaran dan Komunikasi SIRIM QAS International Sdn Bhd, Rosniza Abdul Wab dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSA, Noor Hayati Mat Taib serta barisan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP).

Sementara itu, Yang Di-Pertua MPP PSA, Muhammad Syamil Ehsan Shahril Amri, berkata sumbangan tersebut sangat bermakna bagi pelajar-pelajar yang memerlukan.

“Bagi pihak pelajar, kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan
memandangkan kos sara hidup kian meningkat ketika ini,” katanya.

Tinggalkan komen anda