Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Perdana Menteri Kecam Pengeboman Hospital di Gaza

By 18 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam serangan dan pengeboman oleh rejim Zionis Israel ke atas hospital di Gaza, semalam.

“..serangan Israel itu agak keterlaluan.

“Saya juga turut mengulangi beberapa kenyataan yang telah dibuat dan juga mendukung beberapa kenyataan negara luar yang menyatakan kesal dan mengecam pengeboman hospital di Gaza,” katanya.

Menurut Anwar, peperangan antara Palestin dan rejim Zionis Israel perlu dihentikan bagi meredakan keadaan.

“Apa pun dituduh siapa pun, maknanya ini kesan dari serangan dan perang.

“Kalau teruskan, mangsanya wanita, anak-anak, pesakit. Ini sudah sampai ke tahap gila dan hilang perikemanusiaan,” katanya.

Perdana Menteri, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri simposium The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia, di sini hari ini.

“Yang paling dikesalkan ialah negara barat yang bercakap soal hak kemanusiaan ini rupanya ada kategori. Ada manusia kelas satu, ada manusia kelas hamba.

“Ini yang kita bantah sekeras-kerasnya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda