Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

“Padu Bak Hang”

By 18 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 18 Okt (Malaysiaaktif) – “Padu bak hang!” begitulah gambaran yang boleh digambarkan apabila ‘ekor Harimau Malaya’ atau para peminat sukan bola sepak di negeri Perlis yang memenuhi ruang tempat duduk berhadapan Kolam Renang di Stadium Tuanku Syed Putra malam tadi bagi menyaksikan perlawanan akhir Pestabola Merdeka.

Pegawai Jabatan Belia dan Sukan (JBSPs) Fauzi Abdullah Salleh, berkata pihaknya telah menyediakan skrin besar bagi peminat sukan tersebut.

“Pada Hari Sukan Negara baru-baru ini, pihak JBSPs juga telah menyediakan skrin besar bagi para peminat sukan terutama bola sepak untuk santai datang bersama keluarga memeriahkan sambutan #HSN2023 bagi menonton perlawanan Separuh Akhir Pestabola Merdeka 2023.

“Namun, sambutan pada malam ini dilihat sangat luar biasa. Walaupun semalam adalah hari bekerja dan cuaca juga tidak menentu, sambutan luar biasa penyokong bola sepak negara memenuhi ruang legar dihadapan ini bermula pukul 8.00 malam,” katanya.

Menurut Fauzi lagi, semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat dapat ditonjolkan menerusi program-program santai sebegini dan membuktikan perpaduan dalam kalangan masyarakat melibatkan sukan tidak dapat dinafikan.

“Anggaran kami bagi penonton yang akan hadir hanyalah 300, namun melihat sokongan padu orang negeri Perlis pihak JBSPs mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan menjayakan program skrin besar ini,” ujarnya setelah tamat perlawanan.

Gelaran juara bagi Pestabola Merdeka malam tadi ditawan oleh Tajikistan dengan 2-0.

-ZS-

Tinggalkan komen anda