Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pelepasan Nyamuk BerWolbachia di PPR Kempas Permai

By 18 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Norliza Khamis (Blok D, PPR Kempas Permai)

JOHOR BAHRU, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Dua kawasan lokaliti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai telah dipilih sebagai perintis Projek Pelepasan Nyamuk Aedes BerWolbachia yang melibatkan lebih kurang 14 siri pelepasan telur nyamuk berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon, berkata pelepasan nyamuk berWolbachia yang dilakukan ini melibatkan fasa penggalak 1 yang mana fasa ini merupakan pelepasan minggu kelima matang bertarikh 17 Oktober 2023.

“Hurungan nyamuk akan meningkat untuk tempoh masa lapan minggu akan datang dan penduduk sekitar PPR tidak perlu risau dan khuatir kerana nyamuk Aedes berWolbachia ini tidak menyebabkan berlakunya kesan virus denggi kepada manusia kerana nyamuk ini hanya sebagai agen untuk mematikan telur nyamuk betina sahaja.

“Nyamuk Aedes berWolbachia akan memutuskan rantaian Aedes di kawasan PPR dan ini merupakan salah satu alternatif yang diambil bagi mengurangkan jangkitan penyakit demam denggi dan juga dapat mengawal kes denggi yang sedia ada ketika ini,” katanya selepas mengadakan tinjauan di Pusat Pelepasan Nyamuk BerWolbachia di PPR Kempas Permai, Tampoi, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr. Mohtar Pungut@Ahmad, Pegawai Daerah Johor Bahru Muzaldin Mohamad, Penghulu Mukim Tebrau Mohd Nurulfaiz Aman, Ketua Kampung Kempas Permatang Airizam Bollah, pegawai-pegawai kesihatan, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda