Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Rakyat Malaysia Pelbagai Kaum Sertai Himpunan ‘Freedom for Palestine’

By 23 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azri Zainal Abidin/Ahmad Idham Abd Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Dataran Merdeka menjadi saksi solidariti rakyat Malaysia bukan setakat daripada kaum Melayu malah Cina dan India juga turun  berhimpun menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Seawal pukul 10.00 pagi, Dataran Merdeka mula dibanjiri ribuan peserta yang memakai mafela dengan motif Palestin, membawa plakad dan mengibarkan bendera negara berkenaan.

Laungan ‘Palestin’ dan ‘Israel shame of you’ bergema solidariti rakyat Malaysia pelbagai kaum mengecam tindakan kejam rejim zionis.

Perhimpunan Solidariti ‘Freedom for Palestine’ anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE itu turut disertai rakyat negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir, Sepanyol, Libya dan Pakistan.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Pengerusi VPM Datuk Dr. Musa Mohd Nordin, Penasihat MyCARE Dr. Hafidzi Md Noor, aktivis kemanusiaan Goh Keat Peng dan penerbit filem Kavitha Sidhu.

Menurut Fahmi, kementeriannya menerima aduan daripada pengguna aplikasi TikTok mengenai kandungan yang dihasilkan membabitkan isu konflik Israel-Palestin terutamanya kandungan pro-Palestin disekat dari platform berkenaan.

“Saya sudah berhubung dengan TikTok untuk mendapatkan penjelasan tetapi penjelasannya tidak memuaskan.

“Jadi, saya mungkin akan minta garis panduan daripada Wisma Putra tentang beberapa perkara dan kita akan panggil (TikTok),” jelas Fahmi ketika ditemui pada perhimpunan semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda