Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Alor Setar)
ALOR SETAR, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Belanjawan 2024 yang dibentangkan 13 Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat reaksi yang positif daripada pelbagai lapisan masyarakat di negeri Kedah.
Menurut salah seorang peniaga di Pasar Nelayan Kuala Kedah, Chempa Ladun, 43, beliau sangat bersyukur dengan Belanjawan 2024 yang dibentangkan terutamanya bantuan yang diberikan kepadanya.
āKami hanya berniaga secara kecil-kecilan. Bantuan yang bakal diberikan boleh menampung serba sedikit perbelanjaan seharian kami sekeluarga,” katanya.
Menurut seorang suri rumah yang ditemui Siti Farah Natasya, 30, bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 yang akan diberikan pada Januari 2024, ia memberi kelegaan kepadanya.
āSedikit sebanyak dapat membantu membeli barangan persekolahan anak-anak saya,”
“Saya juga bersyukur atas bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dinaikkan kepada RM500 untuk bayaran pertama,” katanya.
-ZS-