Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sultan Terengganu Rasmi Penanaman Pokok Sepanjang Pantai Batu Buruk ke Pantai Pandak

By 2 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizah Rahim/Maznah Ngah (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Penanaman Pokok sepanjang Pantai Batu Buruk ke Pantai Pandak di Dataran Pantai Batu Buruk, di sini pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Keterjaminan Makanan dan Komoditi Dr Azman Ibrahim, berkata program kerjasama antara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Yayasan Diraja Sultan Mizan sebagai tanda menyokong Agenda Nasional Negara melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok menjelang tahun 2025.

“Sebanyak 3,000 pokok akan ditanam di tujuh zon yang dianggarkan berjarak 11.3 kilometer sepanjang Pantai Batu Buruk ke Pantai Pandak,” katanya.

Tambah Azman, antara spesies pokok teduhan yang ditanam ialah pokok ketapang, pokok rhu pantai, pokok kelapa pantai dan ambang-ambang.

“Pemilihan pokok dari spesies ini dipilih berdasarkan peranannya sebagai lindungan semulajadi dan zon penampan bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sultan Terengganu turut berkenan mencemar duli menyempurnakan gimik perasmian di tapak penanaman pokok.

-ZS-

Tinggalkan komen anda